Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Dunia Bergerak Pantas, Kesihatan Mental Semakin Terjejas.

Gambar oleh BERNAMA Tahun 2020 iaitu tahun dimana pada tahun-tahun sebelumnya digambarkan bahawa akan wujudnya kereta terbang, gajet serta infrastruktur yang moden dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat berupaya untuk dilaksanakan tetapi realiti menceritakan sebaliknya. Meskipun wujud teknologi yang serba canggih hari demi hari, tetap sahaja isu ini sukar untuk direalisasikan.  Bahkan perlaksanaan pada peringkat akar umbi juga mungkin akan mengambil masa yang lama dek kerana faktor-faktor sampingan yang menjadi penghalang. Manakan tidaknya, jika ingin dibandingkan kehidupan pada hari ini dengan kehidupan pada 20 tahun yang lepas, boleh dikatakan perbezaannya amat ketara. Bukan sahaja sektor ekonomi yang kian pesat menembusi dunia global, malahan gaya hidup seharian juga telah berubah mengikut peredaran zaman. Ramai di kalangan kita enggan untuk mempersetujui bahawa dunia yang bergerak terlalu pantas ini sebenarnya mengundang banyak masalah kepada kita lebih-lebih lagi isu berkaita