Skip to main content

Dunia Bergerak Pantas, Kesihatan Mental Semakin Terjejas.

Gambar oleh BERNAMA


Tahun 2020 iaitu tahun dimana pada tahun-tahun sebelumnya digambarkan bahawa akan wujudnya kereta terbang, gajet serta infrastruktur yang moden dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat berupaya untuk dilaksanakan tetapi realiti menceritakan sebaliknya. Meskipun wujud teknologi yang serba canggih hari demi hari, tetap sahaja isu ini sukar untuk direalisasikan.  Bahkan perlaksanaan pada peringkat akar umbi juga mungkin akan mengambil masa yang lama dek kerana faktor-faktor sampingan yang menjadi penghalang. Manakan tidaknya, jika ingin dibandingkan kehidupan pada hari ini dengan kehidupan pada 20 tahun yang lepas, boleh dikatakan perbezaannya amat ketara. Bukan sahaja sektor ekonomi yang kian pesat menembusi dunia global, malahan gaya hidup seharian juga telah berubah mengikut peredaran zaman. Ramai di kalangan kita enggan untuk mempersetujui bahawa dunia yang bergerak terlalu pantas ini sebenarnya mengundang banyak masalah kepada kita lebih-lebih lagi isu berkaitan kesihatan mental. Isu ini tidak sepatutnya dipandang enteng kerana berupaya membawa kemudaratan kepada kesihatan seseorang individu. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, eloklah sekiranya semua masyarakat Malaysia membuang stigma terhadap penyakit ini dan berlapang dada untuk mengambil tahu segala jenis informasi berkaitan kesihatan mental.

Kesedaran mengenai kesihatan mental ini bukanlah satu hal yang asing dalam kalangan penduduk tempatan mahupun seluruh dunia, namun mutakhir ini isu-isu seperti kemurungan, gangguan personaliti dan lain-lain telah dibangkitkan sekaligus menjadi topik hangat di negara ini. Tidak boleh dinafikan bahawa usaha menyuarakan pendapat dan informasi melalui media sosial merupakan satu inisiatif yang murni dan berkesan. Bukan itu sahaja, dengan wujudnya kempen-kempen kesedaran mengenai kesihatan mental di dalam aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, kini rakyat mula peka dengan hal ini dan meminta pertolongan dari segi khidmat nasihat melalui doktor-doktor bertauliah yang juga tidak ketinggalan dalam usaha menguar-uarkan isu ini. Hal ini secara tidak langsung telah membuka mata masyarakat bahawa kesihatan mental bukanlah satu hal yang boleh dibawa main. Tambahan pula dengan kehidupan sekarang yang memerlukan masyarakat bertungkus lumus keluar dari kesempitan hidup akibat daripada kemerosotan ekonomi apabila negara dilanda wabak pandemik Covid-19, sudah pasti membawa impak besar dari segi ketahanan mental seseorang individu itu. Gologan profesional yang dibuang kerja pula kini tiada pilihan selain perlu bersengkang mata mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Pendek kata, di sebalik lensa kehidupan moden pada hari ini, masih tersimpan cerita perit jerih rakyat yang digantikan dengan enyuman ikhlas.

Seterusnya, arus pemodenan pada hari ini memperlihat bahawa rata-rata masyarakat sibuk melunaskan tanggungjawab dan tuntutan pekerjaan sehingga lupa meluangkan masa untuk diri sendiri. Bukankah pelaburan paling menguntungkan adalah pelaburan kepada kesihatan diri sendiri? Namun, hal ini bukanlah menjadi perhatian utama kebanyakan orang. Mereka lebih gemar mengejar segala peluang yang ada untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka walaupun hakikatnya ramai yang tertekan dan murung dengan kerja yang dilakukan. Jika digelar 'manusia bertuhankan wang', amat mustahil untuk kita katakan tidak kepada keperluan wang dalam kehidupan hari ini kerana segala benda pada abad ini memerlukan wang. Tetapi kesihatan mental dan fizikal seseorang individu perlu diberikan keutamaan. Jika penyakit fizikal boleh dilihat dengan mata kasar tetapi sukar untuk kes kesihatan mental. Lebih menyedihkan, penyakit mental ini bukan sahaja berlaku kepada golongan dewasa, bahkan kanak-kanak juga berupaya mendapat penyakit mental. Golongan belia yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara juga tidak terkecuali akibat daripada faktor seperti gagal dalam peperiksaan, buli, keganasan rumah tangga dan sebagainya. Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa kehidupan dan pekerjaan perlu diselarikan pada era globalisasi ini.

Secara kesimpulannya, jelas dapat dikatakan bahawa prestasi kesihatan mental pada zaman ini amat membimbangkan. Langkah proaktif dan kesedaran dalam kalangan mmasyarakat sejagat amatlah diperlukan. Kesihatan mental sama sahaja seperti kesihatan fizikal. Ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit pada vitamin dan makanan tambahan demi menjaga kulit wajah, menambah enaga badan dan sebagainya yang ternyata tertumpu pada penampilan fizikal tetapi enggan mendapatkan bantuan daripada pakar yang bertauliah apabila berdepan masalah berkaitan mental. Jangan tanamkan persepsi bahawa mereka yang ada penyakit mental itu lain daripada masyarakat kita. Kita semua sama sahaja dan kita semua memerlukan bantuan jika berada dalam situasi genting. Banyakkan membaca dan timba ilmu berkaitan isu ini disamping memperbaiki hidup masing-masing. Dunia ini akan sentiasa bergerak pantas dan tidak akan menunggu kita, tetapi jangan jadikan alasan untuk mengendahkan kesihatan mental kita. 

#kitajagakita

Oleh Kinn, 2020.

Comments

Popular posts from this blog

ASASI LAW SUSAH? BETUL KE?

BELAJAR ASASI LAW SUSAH? ASASI UNDANG-UNDANG UITM DENGKIL (SEM 1)    Hi everyone! This is my first entry and this post is going to be both in English and Bahasa Melayu. I am currently studying law in Uitm Dengkil untuk sesi 2019/2020. Basically, Uitm Dengkil ialah pusat asasi which means hanya ada program asasi sahaja dekat situ. Ada 4 program asasi which are Law, Tesl, Science and Engineering. Untuk adik2 yang ada impian untuk sambung asasi law dekat uitm dengkil, wajib baca post ni sampai habis. Okay, kehidupan dekat Dengkil ni memang betul best. Macam saya yang bukan dari sekolah asrama, dekat sini memang belajar banyak benda. Banyak benda tu include sekali physical and mental sepanjang berada dekat dengkil. Kalau nak cakap belajar law ni susah, ada ke course yang senang? Memang takde. Every course has its own "hell thingy" and only student course tu je tahu struggle dia. Well, we all know that those who are enrolling their studies in foundation, they ...

5 things you must know before going for law school interview.

Read these 5 tips if you want to excel your interview session!! Hi everyone! I know it's been a while since last time I update this blog. Well, I was actually quite busy starting after I have graduated from foundation in law which was around last April. On last August, my schedule was packed with online meeting and training as I've been selected to be on of the camp facilitator under this one NGO. The camp was held virtually and I must say it was very challenging. Nevertheless, my team and I have done a very good job, you know we had a lot of meetings and a day before the camp, we slept at 3 a.m. in order to make sure everything was going to be smooth. To be very honest, it was a fruitful experience for me working with this NGO as to ensure to fight for education inequality. Then fast forward, I prepared myself and all of the documents to enter law school. So, do you want to know which law school offered me a place in their law school? Read what I am about to write below. To st...

UITM SHAH ALAM LAW SCHOOL 2021 (LL.B (hons.))

LAW SCHOOL (ODL): MY EXPERIENCE DURING SEMESTER 1 Hi lovely people! I know it has been a while since I last update my blog. It is not that I don't want to write and share, it just that I couldn't find any suitable free time to write. But, I do have some times to update my blog! Oh btw, latest update is that I'm currently in my second semester while juggling with some events in an NGO as the social media manager, be a mentor to 5 mentees in Buddy Mentor Program (whereby I have to guide the non-asasi law students who being offered LL.B), and I was appointed to be the head of Multimedia and Technical under LAWSOCUITM for our upcoming events. Not gonna lie, my degree life takes my leisure times hahahaha. Too much commitment but alhamdulillah I am still doing fine. If you read my previous posts, you'll know that I am an active person.  Okay, in this post, I'd like to share with you my experience going through ODL for my law degree (Semester 1). IT IS TOTALLY DIFFERENT, I...